Sunday, November 15, 2015
BBK 3408 DUA INSAN
Assalamualaikum dan salam satu hati satu jiwa...entri kali ini aku nak cerita sedikit
pengalaman mengenai tugasan video seterusnya. Kali ini kami diberi tugasan yang
lagunya telah ditetapkan oleh Dr. Normaliza sendiri iaitu lagu Dua Insan yang
dinyanyikan oleh M.Nasir dan Yunizar. kami dikendaki membuat video tersebut
menggunakan kreativiti sendiri dan
berlainan tema dengan kumpulan lain. Kalau korang-korang semua perasanlah
sebenarnya group Chinggu semuanya perempuan dan tidak mempunyai seorang pun
pelajar lelaki. Oleh kerana lagu ini memerlukan watak lelaki. Puas kami
berbincang mengenai watak lelaki, mana taknya kalau kumpulan kami ada yang
menjadi lelaki tak jadi rasanya video lagu ni huhu..setelah berfikir panjang
lalu kami sekumpulan berbincang dan mengambil kata putus untuk bergabung dengan
kumpulan lain dari kelas lain kerana seorang ahli kumpulan kami amat rapat
dengan ahli kumpulan tersebut dan kebetulan kumpulan tersebut kesemuanya adalah
lelaki..kumpulan tersebut adalah kumpulan Cempaka Kuning..kadang-kadang
terfikir jugaklah kenapa dinamakan Cempaka Kuning..hermm lantak diorang la nak buat
ape ke yang aku kisah kenapa huhu..ok la pendekkan cerita kami dua kumpulan
bergabung untuk membuat dua video iaitu satu untuk kumpulan kitorang dan satu
lagu untuk kumpulan diorang..adil la kan hihi..nasib la kumpulan tu setuju
dengan cadangan kitorang..hermm apa lagi jom la tengok video hasil gabungan kumpulan
Chinggu Production dengan Cempaka Kuning Production..ini lah hasil video kami
seperti di bawah ini..jeng jeng jeng…saksikan….
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment