Monday, December 14, 2015

BBK3408 KETIKA DAN KALIMAT



Assalamuaikum warga pembaca yang disayangi dan salam satu hati satu jiwa..entri kali ini merupakan entri terakhir untuk subjek ini..hurrmmm sedih nya..tapi tak bermakna ini post terakhir hihi..ok memandangkan minggu ni adalah minggu terakhir aku di sem akhir ni..aku nak kongsi la sedikit tentang perasaan aku tentang subjek Kesusasteraan dalam Multimedia ni. Sebenarnya dari sem satu lagi aku tengok nama subjek ni..hurm pandangan pertama aku rasa subjek ni amat manarik dan santai tapi kadang tu tertanya-tanya juga la apa yang kita belajar dalam subjek dan apa kaitan dengan kesusasteraan..ok la masa tu sem satu lagi kan mana la tau apa-apa.

Semasa di akhir sem enam aku  daftar subjek ni..senior dengan kawan-kawan aku ada cakap kelas Dr. Normaliza ni kena buat banyak keje..iye ke???..tapi diorang cakap kelas ni best sebab tak ada final exam..wah yang ni paling best bagi aku. Masa tu aku tak kenal sangat Dr. Normaliza ni tapi bila masuk sem 7 aku mula mengenali beliau. Pandangan pertama Dr. ni sangat tegas mana tak nye sekali bunyi telefon terus dia marah “off telefon tu hanya telefon aku je boleh bunyi” lebih kurang macam tu la dr. cakap..fuhh takut kejap terus seyap. Kelas kelas pun tak boleh datang lewat dia memang tak suka pelajar datang lewat. Tapi jujur aku cakap kelas ni banyak keje..mana taknya minggu pertama masuk da ada kerja kena buat..tapi setelah aku kenal dr. ni aku rasa aku suka cara dan sikap dia..kadang tegas, kadang tu rasa lawak pun ada tu yang best..Ayat dr. paling tak boleh blah yang aku ingat sampai bila-bila adalah “REDO JE”..setiap kali bagi kerja tu la ayat dia hihi..kalau tak dengar dalam satu minggu memang tak la..yang penting kelas ni memang best walaupun banyak kerja..mesti lepas habis belajar ni aku rindu nak masuk kelas tu lagi…


Ok tugasan yang paling aku suka buat dalam banyak-banyak tugasan tu adalah buat kalendar dan instagram..dengar je tugasan tu aku rasa semangat gila-gila nak buat huhu best nya. Itulah kali pertama aku buat kelendar dan belajar cara menggunkan perisian Adobe Photoshot tu. Lagi pun kalendar yang aku buat tu aku akan simpan baik-baik sebagai kenangan tuk kelas ini dan aku tak sabar nak tunjuk kat family aku yang buat tu..wah teruja bang hang. Lagi satu yang instagram pun aku paling suka juga sebab memang dari dulu lagi aku suka ambik gambar permandangan rapi tak jarang aku masukkan dalam instagram sebab aku suka simpan dalam laptop je jarang nak kongsi..tapi kali ni aku bahagia apabila dapat berkongsi gambar-gambar tu dan mendapat “like” dari dr..semua gambar tu aku akan simpan tuk kenangn kelas ni..huhu terima kasih dr. Normaliza Abd Rahim...

BBK3408 Ulasan Buku Learning Through Blog Writing Embracing the Technology

Ulasan Buku Learning Through Blog Writing Embracing the Technology
Oleh: Nur Safura binti Zulkifli (168251)

Tajuk Buku : Learning Through Blog Writing Embracing the Technology
Pengarang : Normaliza Abd Rahim
Penerbit : Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Tahun Diterbitkan : 2014
Kategori Buku : Buku Ilmiah

Jumlah Muka Surat : 103



Blog adalah catatan seseorang individu yang boleh mengkombinasikan teks, imej dan video tentang apa sahaja yang ingin dikongsi bersama pembaca lain. Blog ini merupakan satu teknologi baru yang mempunyai peranan yang cukup besar dalam membentuk persekitaran penulis. Menurut Mompen (2010), blog merupakan jurnal di dalam talian di mana seseorang individu dapat mengemas kini secara berterusan dengan perkataan sendiri, idea pemikiran melalui perisian yang membolehkan seseorang itu mudah untuk berbuat demikian. Menurut beliau lagi keistimewaan blog terletak pada ciri interaktifnya di mana pembaca boleh memberi komen dan pandangan terhadap apa-apa kemasukan penulisan.

Selain itu, blog juga mempunyai potensi untuk meningkatkan pembelajaran secara kolaboratif dalam kalangan pelajar-pelajar sama ada semasa berada di dalam atau luar waktu persekolahan. Oleh itu, ulasan yang mendalam akan dibuat tentang buku Learning Through Blog Writing Embracing the Technology oleh Normaliza Abd Rahim pada tahun 2014 yang diterbitkan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Buku ini dikategorikan sebagai buku ilmiah iaitu buku yang bersifat akademik, keilmuan dan bersifat ilmu pengetahuan terutamanya pembelajaran melalui penulisan blog. Buku ini mengandungi 104 muka surat termasuk glosari, rujukan dan indeks.

Sebelum masuk kepada kandungan buku lebih baik jika dilihat gambaran yang menyentuh kepada perekaan buku luaran kerana ianya penting untuk menampakkan seni mengintegrasikan kulit buku adalah penting terutama kepada buku ilmiah seperti ini. Kerana kategori buku ilmiah ini kurang mendapat sambutan daripada buku-buku kategori lain. Oleh hal yang demikian, unsur-unsur pemilihan reka bentuk sangat diberi perhatian untuk menarik pembeli antara yang dilihat adalah pemilihan rupa taip, kontras warna, ilustrasi serta kulit depan dan belakang. Didapati kulit buku yang dihasilkan oleh penerbit buku ini telah menepati piawaian yang ditetapkan sebagai buku ilmiah di mana kulit buku depan dan belakang agak tebal sedikit dan sederhana keras berbanding kertas dalaman malah kulit buku depan dan belakang agak licin permukaannya.

Manakala ilustrasi muka depan dilihat agak ringkas ditambahkan dengan permainan kontras warna agak menarik di mana tajuk Learning Through Blog Writing menggunakan saiz font yang lebih besar sebagai fokus utama buku ini berbanding perkataan Embracing the Technology kerana fokus utama adalah pembelajaran melalui penulisan blog. Selain itu penggunaan warna merah pada Learning Through Blog Writing menonjolkan lagi fokus dan menggunakan kuning untuk perkataan Embracing the Technology untuk menampakkan kontras warna.

Seterusnya di bahagian tengah kulit depan diletakkan gambar jari yang sedang menaip papan kekunci komputer situasi ini amat sesuai dengan tajuk yang berkaitan dengan penulisan blog yang menjadikan buku ini lebih unik dan bernilai di mata masyarakat. Manakala bahagian bawah pula diletakkan nama pengarang buku yang menampakkan lagi keseimbangan. Penggunaan ilustrasi kulit utama buku dilihat tidak berat dan amat bersesuaian dengan kategori buku ilmiah.

Selain itu, dalam buku ini dimulakan dengan dedikasi, isi kandungan dan seterusnya kata pengantar.  Dedikasi ini ditujukan kepada semua ahli keluarga dan orang yang sangat rapat dengan penulis. Manakala dalam isi kandungan buku terdapat kata pengantar dan mengandungi 8 bab yang membincangkan tajuk kecil mengenai blog. Dalam bab satu penulis mendeddahkan mengenai apa itu blog dan penulisan blog, bab 2 berkisarkan tentang kajian mengenai penulisan blog, bab 3 tentang perspektif terhadap pembelajaran blog, bab 4 ada mengenai cara menulis dalam blog untuk meningkatkan pembelajaran, bab 5 cerita tentang musim luruh  dalam penulisan blog, bab 6 blog sebagai media pembelajaran bahasa dan kesusasteraan, bab 7 mari mulakan blog sekarang dan akhir sekali iaitu bab 8 adalah penulis mendedahkan tentang etika dalam penulisan blog.

Seterusnya, pada bahagian kata penghantar pula penulis telah menyatakan bahawa buku yang dihasilkan oleh beliau ini dapat membantu pendidik, penyelidik dan pelajar di dalam melaksanakan aktiviti penulisan blog di dalam kelas malah turut menerangkan kepentingan penggunaan ini. Menurut beliau, penulisan teks ini mempunyai dua matlamat iaitu ketepatan dan simulasi penulisan blog. Oleh hal yang demikian, kita dapat menjangkakan bahawa penulis ini sangat peka kerana setiap penulisan yang ditulis adalah jelas dan secara terus. Selain itu, di akhir buku ini terdapat senarai glosari, rujukan dan indek. Glosari adalah daftar sesuatu istilah untuk rujukan pembaca yang menjelaskan sesuatu konsep yang relevan dengan bidang ilmu penulisan blog ini. Glosari, rujukan dan indek ini sangat membantu pembaca untuk menemukan erti kata-kata yang tidak difahami.

Dari segi tema pula memperlihatkan bahawa penulisan ini hanya berfokuskan tentang pembelajaran melalui penulisan blog. Oleh itu, dalam setiap bab yang terdapat buku tersebut hanya memfokuskan mengenai blog. Dalam buku ini menerangkan segala-galanya mengenai blog. Dan ini memudahkan orang ramai untuk memahami tentang penggunaan blog ini. Hal ini kerana, hanya dengan membaca buku ini mereka dapat belajar segala-galanya tentang pendedahan pembelajaran menerusi penulisan blog ini. Oleh itu, bagi saya buku ini sangat menarik dan dapat membantu semua orang yang ingin mendapat maklumat dan pendedahan mengenai blog ini. Dalam bab 7 penulis telah menjelaskan setiap langkah dengan menggunakan gambar iaitu 4 langkah cara membuat email di gmail, 20 langkah untuk membuat blog di blogspot dan 16 langkah untuk membuat blog di wordpress dan banyak lagi yang menarik dalam buku ini.

Seterusnya, dalam penulisan pula penulis banyak menyelitkan pandangan dan pendapat sarjana barat yang tersohor untuk menjelaskan dan menegakkan lagi isi perbincangannya tentang pembelajaran menerusi blog ini seperti Nowson (2006), Richardson (2009), Darren (2014) dan ramai lagi. Oleh itu, kita dapat melihat bahawa penulis ini benar-benar mendalami tentang blog dan merupakan salah sorang pengguna blog. Beliau mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman mengenai blog ini. Dari segi gaya bahasa, penulis lebih suka menggunakan ayat penyata secara terus dan banyak menggunakan istilah-istilah yang mudah difahami oleh pembaca dan tidak banyak menggunakan ayat yang bombastik. Malahan penulis juga menulis menggunakan kalimat yang panjang dan deskriptif yang digabungkan dengan menggunakan tanda koma dan titik. Penggunaan bahasa, pemilihan kata dan struktur ayat yang jelas digunakan mempunyai kekuatan yang tersendiri yang dapat berdiri sendiri. Justeru, gambaran gaya penulisan penulis ini telah memenuhi sifat-sifat keilmiahan dalam buku ini.

Rujukan:
Mompen, A.R. The Development of Meaningful Interaction on a Blog Used For The Leaning of Engish as a Foreign Language. European Association For Computer Assisted   Language Learning , 22 (3), 376-395. Doi  10.1017/S0958344010000200.2010. 

BBK3408 Ulasan Buku Wacana Bahasa

Ulasan Buku Wacana Bahasa
Oleh: Nur Safura binti Zulkifli (168251)

Tajuk Buku : Wacana Bahasa
Pengarang : Normaliza Abd Rahim
Penerbit : Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Tahun Diterbitkan : 2014
Kategori Buku : Buku Ilmiah

Jumlah Muka Surat: 102 


Ulasan merupakan huraian tentang sesuatu, kupasan, tafsiran oleh pengkritik. Oleh itu, ulasan yang mendalam akan dibuat tentang buku Wacana Bahasa yang ditulis oleh Normaliza Abd Rahim pada tahun 2014 yang diterbitkan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Buku ini dikategorikan sebagai buku ilmiah iaitu buku yang bersifat akademik, keilmuan dan bersifat ilmu pengetahuan terutamanya tentang wacana bahasa. Buku ini mengandungi 102 muka surat termasuk lampiran, rujukan dan indeks.

Sebelum memasuki kandungan, saya terlebih dahulu akan menyentuh kepada perekaan buku luaran kerana ianya penting untuk menampakkan seni mengintegrasikan kulit buku adalah penting terutama kepada buku ilmiah seperti ini. Unsur-unsur pemilihan reka bentuk sangat diberi perhatian untuk menarik pembeli antara yang dilihat adalah pemilihan rupa taip, kontras warna, ilustrasi serta kulit depan dan belakang. Kulit buku yang dihasilkan oleh penerbit buku ini telah menepati piawaian yang ditetapkan sebagai buku ilmiah dimana kulit buku depan dan belakang agak tebal sedikit dan sederhana keras berbanding kertas dalaman. Manakala kontras warna agak menarik kerana tajuk Wacana menggunakan saiz font yang lebih besar berbanding perkataan Bahasa kerana fokus utama terhadap wacana ditambahkan dengan penggunaan warna merah untuk menonjolkan lagi fokus dan menggunakan warna hitam untuk perkataan Bahasa untuk menampakkan kontras warna. Seterusnya kulit depan di bahagian tengah diletakkan gambar situasi orang dalam satu perbincangan yang amat sesuai dengan kaitan tajuk Wacana Bahasa yang menjadikan buku ini lebih unik dan bernilai di mata masyarakat. Manakala bahagian bawah pula diletakkan nama pengarang buku yang menampakkan lagi keseimbangan. Penggunaan ilustrasi kulit utama buku dilihat tidak berat dan amat bersesuaian dengan kategori buku ilmiah.

            Seterusnya, menyentuh pula tentang tema. Wacana Bahasa merupakan tajuk utama yang menjadi tema utama dalam buku ini. Wacana adalah rentetan kalimat yang saling berkait dalam menghubungkan satu posisi dengan posisi lain di dalam kesatuan makna antara bahasa. Wacana merupakan satuan bahasa yang terlengkap dan utuh kerana setiap bahagian di dalam wacana itu berhubung secara padu. Wacana dalam kebahasaan menepati hierarki teratas kerana merupakan ianya merupakan satuan gramatikal tertinggi dan terbesar. Wacana dapat berupa kata, kalimat, paragraf, atau karangan utuh yang lebih besar, seperti buku dan artikel yang berisi amanat lengkap. Kata yang digunakan dalam wacana haruslah berpotensi sebagai kalimat, bukan kata yang lepas konteks. Justeru, wacana amat bergantung pada keutuhan unsur makna dan konteks yang melingkupinya. Tema utama ini dibahagikan kepada sembilan bab sebagai isi kandungan yang lebih menekankan ke arah wacana bahasa iaitu Teater Kanak-Kanak, Penggunaan Media Teknologi, Penulisan Papan Cerita, Pantun Melayu, Sajak Melayu, Kata Kerja dalam Cerita binatang, Antonim Bahasa Melayu, dan Penerapan Nilai Sosial dalam Peribahasa Melayu. Isi kandungan penting untuk mendapat maklumat yang terkandung di dalam buku sebagai perkara asas yang dilihat kepada pembaca sebelum membelinya.

            Unsur dalaman buku selepas isi kandungan didapati penulis telah memasukkan ucapan dedikasi ringkas kepada ibu bapa dan anaknya dan seterusnya menyentuh tentang prakata buku tersebut. Prakata yang ditulis oleh penulis agak jelas kerana penulis menyatakan bahawa penerbitan buku ini sebagai permulaan wacana bahasa. Kajian beliau ini menekankan aspek analisis wacana yang jelas dan difikirkan sesuai untuk dibahaskan. Menurut beliau, buku ini telah menonjolkan keberkesanan pembelajaran bahasa Melayu yang akhirnya membawa kepada satu paradigma terhadap wacana bahasa. Malah penulis juga telah membuat ringkasan pendek setiap bab dalam buku tersebut yang didapati bersesuaian sebagai rujukan oleh para pelajar dan kepada sesiapa yang mahu mendalami ilmu wahana bahasa dan kesusasteraan.

Berdasarkan buku Wacana Bahasa, bab 1 Teater Kanak-kanak, membincangkan penggunaan teater sebagai alat penarik minat kanak-kanak dalam mempelajari bahasa Melayu. Walaupun kanak-kanak tidak terdedah dengan teater ini namun aspek yang ditonjolkan dalam teater tersebut dapat meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak terutama anak yatim dalam memberi pendapat diri sendiri yang lahir dalam pemikiran dan minda apabila sesuatu itu dipertontonkan kepada kanak-kanak. Kajian ini melibatkan 80 pelajar berumur 4 hingga 14 tahun dari rumah anak yatim di Selangor.

Seterusnya bab 2 iaitu kajian Penggunaan Media Teknologi telah meneliti tentang penggunaan media pada masa kini terutamanya dalam kalangan pelajar Universiti Putra Malaysia yang belajar bahasa Melayu. Pada permulaan perenggan penulis menerangkan tentang define perenggan dalam perbincangan penulis juga turut memasukkan contoh perbualan yang dirakam semasa perbincangan. Kajian mendapati bahawa aktiviti menggunakan video kamera (shot klip video) meningkatkan lagi keyakinan pelajar dalam memberi pendapat dan idea dalam sesuatu perkara.

Bab 3 menceritakan tentang Penulisan Papan Cerita, penulisan ini memberi fokus kepada penulisan papan cerita yang merupakan salah satu aktiviti secara individu atau kumpulan dalam membuat susunan cerita yang ingin disampaikan. Tajuk dalam buku menunjukkan pengkaji banyak memberi penerangan dengan memberi contoh kajian yang turut dilakukan oleh pengkaji sendiri pada tahun 2011 dan 2012. Kajian ini turut menggunakan sampel yang terdiri daripada 30 subjek dari jurusan Sastera Melayu di Universiti Putra Malaysia. Hasil dapatan mendapati bahawa subjek mempunyai keyakinan yang tinggi dalam penulisan papan cerita pantun dua kerat dan turut menunjukkan minat yang tinggi serta kerjasama dalam kumpulan. Kajian seperti ini memberi manfaat kepada pendidik dan pelajar di Malaysia dan para akademik yang meminati pantun.

Manakala bab 4 merupakan satu kajian tentang Pantun Melayu yang menjadi kebanggaan orang Melayu didedahkan kepada pelajar Korea di Hangkuk University of Foreign Studies sekali gus memberi manfaat kepada masyarakat luar negara yang berminat dengan pantun Melayu. Pada permulaan penulisan penulis terlebih dahulu menerangkan tentang isu utama iaitu pantun Melayu. Justeru, dapatan mendapati bahawa pelajar Korea dapat memahami makna setiap pantun yang diberikan.

Seterusnya, Sajak Melayu dalam bab 5 memfokuskan tentang penggunaan sajak sebagai salah satu aktiviti pembelajaran di dalam kelas terhadap pelajar kelas Kesusasteraan Kontemporari di Hankuk University of Foreign Studies, Korea. Dua sajak oleh A. Samad Said telah dipilih dan didapati bahawa pelajar berjaya memberi maksud terhadap sajak tersebut. Dalam hal ini, untuk mengukuhkan penulisannya penulis banyak memasukkan contoh sorotan kajian yang berkaitan dengan sajak Melayu. Perbincangan ini telah memberi keyakinan dan kesedaran tentang menjelaskan sajak Melayu moden.

Di samping itu, bab 6 pula menceritakan tentang Kata Kerja Dalam Cerita Binatang. Kajian ini kepada penggunaan kata kerja dalam cerita binatang dalam kalangan pelajar sindrom Asperger (pelajar istimewa). Kajian ini dapat dilihat bahawa pengkaji mempunyai sifat yang prihatin dan bertanggungjawab dalam menarik minat pelajar golongan ini serta berfikiran luas. Perhatian yang penuh terhadap pembelajaran dapat dikesan apabila aktiviti dijalankan. Kajian ini akhirnya memberi keyakinan kepada pelajar golongan ini dan berjaya menyebut semula kata kerja yang terdapat dalam cerita tersebut.

Bab 7 pula membincangkan tentang Antonim Bahasa Melayu yang memfokuskan penggunaan antonim bahasa Melayu dalam pembelajaran yang disasarkan kepada pelajar Korea. Dalam hal ini didapati pelajar yakin dalam menjelaskan makna setiap perkataan dan antonim dengan menggunakan soalan dan ayat. Justeru, kajian ini memberi impak kepada pelajar Korea yang belajar bahasa Melayu sebagai bahasa asing.

Seterusnya, bab 8 pula menjelaskan tentang Penerapan Nilai Sosial Melalui Lakonan Cerita. Kajian ini adalah kerana nilai sosial penting bagi pelajar sindrom Asperger. Tontonan umum di hadapan membuatkan mereka lebih memahami. Berdasarkan kepada ketiga-tiga cerita sosial didapati pelajar telah faham akan konsep nilai sosial dalam lakonan cerita bagi tujuan sosial pelajar sindrom Asperger. Kajian ini amat bermakna untuk menyedarkan masyarakat supaya mengambil berat terhadap golongan ini.

Pada akhir bab 9 penulis mengkaji tentang Nilai dalam Peribahasa Melayu yang memfokuskan kepada penggunaan peribahasa Melayu di dalam situasi bersama pelajar di dalam tiga kelas bahasa Melayu-Indonesia di Hankuk University of Foreign Studies. Didapati sekitar 20 peribahasa sapat dikenal pasti mempunyai nilai murni berbanding 60 peribahasa itu.

Selain itu, perbincangan dalam tajuk ini dilihat amat bersesuaian dengan tahap ilmu pengetahuan yang memberi keilmuan kepada pengajar dan pelajar. Dari segi gaya penulisan pula, penulis menggunakan bahasa yang mudah dan tidak terlalu tinggi malah turut menggunakan bahasa yang santai dalam menghuraikan contoh terhadap kajian-kajian lepas yang dijadikan sorotan. Bahasa standard yang digunakan ini memudahkan pemahaman pembaca tanpa menimbul keraguan di minda pembaca. Seterusnya, penggunaan font arial dan saiz yang bersesuaian memudahkan pembaca untuk membaca dengan lancar dan membantu memahami dengan jelas tentang wacana bahasa yang ingin disampaikan oleh penulis. Justeru, berdasarkan ulasan di atas dapat dirumuskan bahawa buku Wacana Bahasa telah menepati sifat ilmiahnya dan amat sesuai digunakan oleh pengkaji dan pelajar atau pengajar untuk menambahkan ilmu pengetahuan amat sesuai disarankan terutamanya kepada pelajar yang mengikuti subjek bahasa Melayu di universiti yang bertujuan memberi pendedahan tentang wacana bahasa.

BBK3408MONTAJ INDIVIDU

Assalamualaikum dalam salam satu hati satu jiwa..hai korang..sedar tak sedar dah minggu akhir aku belajar kat UPM ni. 3 minggu lagi bermula la cuti panjang aku dan mungkin masa tu aku sibuk mencari kerja tak ada plan pulak nak sambung belajar..mungkin nak rehatkan otak sekejap dan menikmati saat cuti. Hurmm mesti lepas ni aku rindu gilerr nak belaja sini lagi tipu lah kalau aku cakap tak rindu kan hihi..eh panjang pula hujah aku ni tak pe la nanti aku citer lain kali lak ek plan aku tu.

Ok kali ini aku nak citer sikit mengenai video montaj individu ni. Bagi aku gambar keluarga tak ada masalah sebab banyak kot gambar family aku dalam laptop ni tapi kalau video tu memang tak ada langsung la huhu..tak pernah pula terfikir nak buat video family tapi apa kan daya tuntutan tugas kena la buat video untuk keluarga. Masa tu aku tak tau nak buat dan rakam apa untuk video ni. Maklumlah family aku ni bukan nya jenis suka duduk depan kamera apa lagi nak rakam video huhu memang tak la. Lagipun tak ada masa kot nak buat sebab tugasan ni diberi lepas cuti sem jadi mana la ada masa nak balik buat benda tu lgipun masa tu jugak aku sibuk dengan Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA) aku tu. Sibuk betul la masa tu sampai tak sempat nak buat pe. Yela nak kejar buat PITA sebab kena bentang.

Ok la nak dijadikan cerita semasa cuti sekolah yang panjang ni sepupu aku ada buat kenduri kahwin kat rumahnya di Negeri Sembilan jadi family aku datang la dan duduk 3 hari di Negeri Sembilan tu dan selepas semua majlis selesai adik aku pergi la duduk kat KL rumah mak saudara aku kat cheras dan pada masa itu ayah dan mak aku terpaksa balik sebab kerja. Jadi pada suatu hari aku dengan adik aku tu keluarlah jalan-jalan dekat times square jadi masa tu aku terfikir nak rakam perjalanan kami tapi pendek je yang aku rakam tapi ok la dapat jugak la untuk dibuat video tu daripada tak ada apa-apa tu..tapi yang ruginya masa adik aku keluar main dekat theme park tu aku tak pergi sebab ada kelas huhu ruginya..kalau aku pergi mesti ada da rakam tu tuk masukkan dalam video tapi tak apalah nak buat macam mana tak boleh nak pergi kan huhu..ok la panjang pula cerita aku ni..jom la saksikan video montaj yang aku buat khas untuk insan yang aku cintai..















BBK3408 MONTAJ GROUP

Assalamualaikum pembaca-pembaca yang ikhlas membaca blog aku ni..aku harap korang tetap setia membaca blog ini maklumlah semua blog ini aku cerita tentang subjek aku je huhu..aku harap korang tak bosan hihi..ok lah kali ni aku nak belanja korang tengok video montaj hasil kumpulan Chinggu Production yang selama ini bertungkus lumus dalam membuat tugasan. Di sini terdapat dua montaj iaitu montaj video dan montaj gambar. Disebabkan banyak video lakonan dan nyanyi yang kami padam dan tiada dalam simpanan kecuali mengenai video wawancara je. Jadi kami terpaksa membuat satu video khas yang dibuat di Taman Saujana Hijau Putrajaya sebagai tanda terakhir video kumpulan kami. Di sini pelbagai perasaan diluahkan oleh setiap ahli kumpulan.. JOM SAKSIKAN VIDEO KHAS KAMI 








BBK3408 WAWANCARA

Assalamualaikum..hai korang semua aku harap korang tak jemu membaca blog ini..tapi kali ini cerita aku lain sikit bukan lagi tentang media sosial atau video lagu tau lakonan ke apa..kali ini tugasan berlainan sikit iaitu tentang cara membuat wawancara. Biasanya kita buat wawancara di mana kamera betul-betul di hadapan orang yang diwawancara tapi yang ini orang yang diwawancara berhadapan dengan orang yang menanyakan soalan dengan posisi kamera di sebelah orang yang menanyakan soalan..fokus camera adalah kepada orang yang diwawancara. Jadi orang tersebut kedudukan agak sengit sedikit. Untuk tugasan ini aku dengan ahli kumpulan memilih tajuk Melancong dan untuk menampakkan ianya berbeza sedikit kami menggunakan watak yang berbeza iaitu watak seorang pegawai, guru sekolah, doktor pakar, pelajar, artis dan seorang isteri yang mempunyai anak. Wawancara yang kumpulan kami buat agak santai dan ringkas je maklumlah 4 soalan ditujukan kepada 6 orang yang berbeza..jom saksikan wawancara tersebut dalam video di bawah ini..selamat menonton



BBK3408 MEDIA SOSIAL



Assalamualaikum warga pembaca semua..semoga anda semua sihat dan bahagia selalu aminnn. Ok entri kali ini aku tidak mahu menulis banyak cuma nak bagi tahu bahawa dalam kelas subjek Kesusasteraan dalam Multimedia ini aku didedahkan dengan pelbagai media-media sosial yang tengah hangat masa kini terutama di kalangan golongan remaja ni. Contohnya Keek, Facebook, Linkedin, Tumblr, Twitter, Instagram dan vine. Oleh kerana itu, aku dan rakan-rakan kelas aku ditugaskan membuka akaun tersebut untuk di dedahkan dengan penggunaan media sosial terkini..mahu tak mahu kenalah install semua tu lam fon..yang sedia ada tak payah la susah-susah nak buat baru gunalah yang sedia ada.. banyak-banyak aplikasi tu instagram je yang paling aku suka..hihi biasa la semua orang suka akan gambar..ok untuk tunjuk bukti yang aku ada akaun tersebut aku pun snap la gambar hahaha bukti kot yang aku pernah ada akaun semua tu walaupun ada yang antaranya tidak digunakan..tapi tak apelah asal pernah ada akaun jadi lah..jeng jeng jeng inilah bukti yang aku pernah ada akaun tersebut..

vine

facebook


keek

twitter

instagram


tumblr


LinkedIn













BBK3408 PARODY

PARODI HANTU KAK LIMAH BALIK HOSTEL


ASSALAMUALAIKUM...berjumpa pula kita pada kali dengan tajuk tugasan. Seterusnya, kami ditugaskan supaya membuat satu video parodi dan kali ini kami memilih tajuk hantu kak limah balik hostel adaptasi dari cerita hantu kak limah balik rumah..hihi. Kumpulan lain ramai yang memilih cerita adaptasi dari drama dan cerima P.Ramlee..dan untuk kelainan, kumpulam kami memilih cerita hantu...walaupun cerita hantu tapi tak takut pun haha lawak ada la. Untuk menyiapkan video ini kami terpaksa shot untuk beberapa kali maklumlah banyak gelak dari yang jadi huhu..sampaikan akak sebelah bilik datang suruh perlahankan suara haha menganggu betul kami ni..maaf la akak terlebih suka lak..ermm terpaksa la buat serius walaupun tak berapa serius. Tak nak citer panjang sebab semua da tahu cerita ni..jom la saksikan video ni..

BBK3408 POSTER

BBK3408 KESUSASTERAAN DALAM MULTIMEDIA

Assalamualaikum..haii semua, bertemu pula kita pada malam ini..hermm malam ni walaupun banyak kerja tapi masih lagi sempat membuka blog ni..ok malam ni nak citer sikit je tentang tugasan poster. Tentang poster ini kami diberi tugasan membuat poster statik dan poster animasi. Ok jujur saya bagitau bahawa ini kali pertama saya menghasilkan poster animasi walaupun tak berapa nak pandai namun apabila dapat belajar dengan kawan-kawan lain saya rasa sangat teruja..biasalah kali pertama buat benda macam ni..rasa syok la pulak. Kalau poster statik biasa la tu. Oleh kerana kami empat orang ahli kumpulan tidak pulang semasa cuti semester jadi kami membuat keputusan untuk berjalan-jalan di Putrajaya mencari idea untuk membuat tugasan ini..akhirnya inilah hasil kerja saya dan ahli kumpulan kami silalah tengok.

Poster animasi-kebahagiaan












BBK3408 DUBSMASH




Assalamualaikum...hai semua..bersua pula kita dengan tajuk yang seterusnya iaitu mengenai media sosial masa kini. Jika ingin menulis mengenai media sosial yang berlambak kini mungkin boleh dijadikan satu buku khas hihi..hurmm kali ini aku nak cerita tentang tugasan seterusnya. Tugasan yang ke berapa ek entahlah penat nak kira huhu..ok tugasan ini adalah mengenai dubsmash..apa itu dubsmash??. Dubsmash merupakan trend terkini di dalam laman sosial terutama di instagram, facebook, dan sebagainya yang semakin popular terutamanya di kalangan artis. Dubsmash mula mendapat perhatian dari artis popular yang menggunakan dubsmash dan bermula daripada itu dubsmash mula meningkat naik..uhh dubsmash tak pernah terfikir nak buat dubsmash ini..tapi kali ini aku berpeluang membuat dubsmash iaitu mengenai rancangan 999 dan lagu aku jatuh cinta..nak pendek kan cerita apa kata korang tengok je video di bawah ni..dalam youtube pun ada Cuma taip BBK kesusasteraan dalam multimedia dubsmash chinggu production)…jom saksikan







BBK3408 KALENDAR

2016 DENGAN AZAM BARU




Minggu kedua bermulanya kelas amali kami, pada hari pertama kami didedahkan menggunakan perisian adobe photoshop untuk membuat kalendar 2016. Sebelum ini saya tidak pernah menggunakan perisian ini namun atas tunjuk ajar Puan Mira dengan Encik Asrul saya diajar cara yang menggunakan perisian ini. Banyak pembelajaran dan pengetahuan baru yang diperoleh. Pada mulanya agak kaku sedikit menggunakan perisian adobe photoshop ini, namun setelah beberapa kali menggunakannya dapatlah hasilnya seperti gambar di bawah:















Tuesday, December 8, 2015

BBK3408: VINE



Assalamualaikum pembaca-pembaca semua…di hari yang tenang ini dengan cuaca yang agak sejuk ni..rasa nak tidur pun ada juga hurmm. Tapi sebelum saya ke bulan tu saya nak citer sikitlah tentang vine. Vine ini merupakan salah satu tugasan yang diberikan untuk subjek ni. Vine??? Apa tu..ok vine sebenarnya aplikasi untuk video pendek iaitu dalam masa 6 saat..6 saat je apa nak buat dengan 6 saat ni huhu..ok benda ni ringkas je sebenarnya..banyak contoh-contoh vine yang dapat kita lihat yang banyak digunakan di kalangan artis yang dimuat naik dalam youtube dan aplikasi vine sendiri. Buat gaya dengan mimik muka pun boleh jadi vine senang je kot..ok kalau korang nak tahu apa yang kumpulan Chinggu buat.. jom saksikan video dalam youtube atau di bawah ini..saksikan




Monday, December 7, 2015

BBK3408: INSTAGRAM

BBK3408: INSTAGRAM

Assalamualaikum..di ucapkan kepada semua pembaca saya..jawab tau hihi..ok intri saya kali ini akan menceritakan tentang instagram. Wah dengar je instagram mesti semuanya teruja kan..yela la kalau sebut tentang instagram mestilah mengenai gambar..ok untuk pengetahuan semua, kali ni kami ditugaskan mengambil gambar untuk dimasukkan ke dalam instagram..dengar je tentang tugasan saya sangat teruja..sebab saya suka ambik gambar tak kiralah gambar apa memang hobi tapi saya biasa masukkan gambar yang diambil ke dalam wechat hoho..entahla kenapa suka sangat saya dengan wechat ni..hihi. Ok tugasan kali ini sangat mencabar sedikit kerana bukan sahaja masukkan gambar tapi memerlukan dr.Normaliza "like" gambar tersebut. Bukan satu atau dua tetapi 10 gambar tahu..Hihi bukan senang dan bukan juga susah..macam mana tu huhu gunalah konsep "redha" selagi tak sampai sepuluh selagi tu la kena masukkan gambar..Banyak jugalah gambar yang saya masukkan dan bukan senang nak jadi senang sebab susah tau nak dapat "like" dari dr..Antara gambar yang dr. "Like" adalah seperti dibawah ni hah..




 



















BBK 3408 KESUSASTERAAN DALAM MULTIMEDIA -PERMAINAN KANAK KANAK :SUPER BOUNCING BUBBLES


Assalamuaikum diucapkan kepada pembaca yang disayangi lagi dihormati...sudah satu minggu blog ini tidak dibuka maklumlah sebab cuti semester...Cuti yang sangat bermakna bagi pelajar universiti katakan tapi cuti kali ini saya hanya menginap di kolej bersama kawan-kawan lain. Niat di hati nak buat FYP tapi apakan daya kita hanya merancang..saya menghabiskan cuti semester dengan berjalan-jalan sambil mencari inspirasi untuk membuat poster untuk subjek ini sambil membeli-belah..manakala perkembangan untuk FYP sekarang berada dalam bab empat..hoho banyak pula cerirta cuti semester ni. kalau cerita kat sini mungkin tak habis huhu..

Apa yang penting pada hari ini adalah saya ingin menyentuh sedikit tentang tugasan mengenai permainan kanak-kanak. kali ini kami ditugaskan membuat satu video permainan kanak-kanak. Kumpulan kami memilih permainan Bouncing Bubbles. Bagi saya permainan ini sangat menarik dan boleh dimainkan dimana-mana sama ada di rumah, taman permainan dan sebagainya. Selanjutnya anda boleh menonton sendiri video tersebut seperti dibawah ini atau terus ke youtube.

Sunday, November 15, 2015

BBK 3408 DUA INSAN

Assalamualaikum dan salam satu hati satu jiwa...entri kali ini aku nak cerita sedikit pengalaman mengenai tugasan video seterusnya. Kali ini kami diberi tugasan yang lagunya telah ditetapkan oleh Dr. Normaliza sendiri iaitu lagu Dua Insan yang dinyanyikan oleh M.Nasir dan Yunizar. kami dikendaki membuat video tersebut menggunakan kreativiti sendiri dan  berlainan tema dengan kumpulan lain. Kalau korang-korang semua perasanlah sebenarnya group Chinggu semuanya perempuan dan tidak mempunyai seorang pun pelajar lelaki. Oleh kerana lagu ini memerlukan watak lelaki. Puas kami berbincang mengenai watak lelaki, mana taknya kalau kumpulan kami ada yang menjadi lelaki tak jadi rasanya video lagu ni huhu..setelah berfikir panjang lalu kami sekumpulan berbincang dan mengambil kata putus untuk bergabung dengan kumpulan lain dari kelas lain kerana seorang ahli kumpulan kami amat rapat dengan ahli kumpulan tersebut dan kebetulan kumpulan tersebut kesemuanya adalah lelaki..kumpulan tersebut adalah kumpulan Cempaka Kuning..kadang-kadang terfikir jugaklah kenapa dinamakan Cempaka Kuning..hermm lantak diorang la nak buat ape ke yang aku kisah kenapa huhu..ok la pendekkan cerita kami dua kumpulan bergabung untuk membuat dua video iaitu satu untuk kumpulan kitorang dan satu lagu untuk kumpulan diorang..adil la kan hihi..nasib la kumpulan tu setuju dengan cadangan kitorang..hermm apa lagi jom la tengok video hasil gabungan kumpulan Chinggu Production dengan Cempaka Kuning Production..ini lah hasil video kami seperti di bawah ini..jeng jeng jeng…saksikan….




Wednesday, November 4, 2015

BBK3408: FLAY LAY AND QUATER FLAT LAY

Flat lay dan quarter flat lay
Assalamualaikum…dan salam satu hati satu jiwa. Bagi aku subjek ini amat menarik apabila aku dan rakan sekelas diajar cara mengambil gambar dengan betul. Dalam entri kali ini aku ingin menceritakan sedikit tentang cara mengambil gambar dengan beberapa cara iaitu flay lay dan quarter flat lay. Cara flaylay amat popular sebenarnya tetapi aku tidak pernah mengambil gambar secara flay lay sebelum ini. Gambar flat lay ini dapat menginspirasi seseorang untuk menjadi kreatif dalam menyusun barang-barang atau objek dan cara ini amat sesuai untuk objek sahaja. Manakala, quarter ini hanya sesuai untuk makanan untuk menampakkan makanan lebih menarik dan membuatkan orang berasa lapar apabila melihat gambar makanan tersebut. Oklah nak dipendekkan cerita aku dah masukkan video gambar-gambar yang aku ambik tu seperti di bawah ini.. 


Saturday, October 31, 2015

BBK3408: ONE SHOT VIDEO (3 layer)

BK3408: ONE SHOT VIDEO (3 layer)


     Assalamualaikum dan selamat pagi kepada pembaca semua. Pagi ini saya akan berkongsi tentang tugasan seterusnya tetapi masih lagi mengenai video. Kami ditugaskan untuk membuat one shot video juga tapi yang ini 3 layer. Video 3 layer ini bertujuan untuk menarikkan lagi sesuatu video itu. 3 la yer bermaksud video yang mempunyai 3 lapisan contoh lapisan pertama orang yang miming, kedua lakonan dan ketiga adalah perkara yang tidak dirancang dan datang secara kebetulan seperti orang yang lalu lalang, orang yang sapu sampah atau pokok bergoyang ke asalkan sesuatu yang bergerak. 3 layer ini bertujuan untuk menarik penonton menonton video tersebut sampai habis tanpa ada kebosanan.

      Bagi video 3 layer ini kumpulan kami memilih lagu yang dinyanyikan oleh Jaclyn Victor yang bertajuk jagalah diri. Video ini mengisahkan kerinduan seorang ibu terhadap anaknya yang belajar di luar negara. Selain itu, video ini juga memaparkan imbas kembali saat anaknya pulang dari sekolah mengambil keputusan SPM. Kegembiraan terpancar apabila anaknya berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dan anaknya bercita-cita untuk menyambung pelajaran ke luar negara. Akhir video ini memaparkan anaknya pulang ke rumah dan terus memeluk ibunya setelah lama tidak berjumpa dan segala kerinduan dilepaskan disitu. Eh panjang pula cerita saya..Ok mesti semua pembaca tidak sabar untuk menonton video ini kan. Apa kata anda lihat sendiri di dalam youtube dengan menaip BBK 3408 JAGALAH DIA (3 layer) atau video dibawah ini..Selamat menonton..sekian dari saya.



BBK3408 : FOTOGRAFI


       
        DARI LENSA CAMERA

Pada minggu keempat, kami diajar tentang asas mengenai fotografi. Disini saya mendapat pengetahuan tentang cara mengambil gambar dengan cara yang berbeza dan mengikut kretiviti yang tersendiri. Antara jenis gambar yang saya pelajari antaranya adalah full shot, medium shot, selfie, wefie, flat lay, half flat lay, quarter flat lay, zero flat lay dan over the shoulder. Selepas penerangan tersebut, kami diberikan tugasan  kumpulan untuk mengambil gambar dan membentangkannya pada minggu seterusnya. Hasilnya adalah seperti dibawah;



Long Shot:

Full Shot:


Medium Shot:


Mug Shot:


Selfie:


Selfie:


Welfie:


Welfie:


Welfie:


Flat lay:


Half Flat Lay:


Quarter Flat Lay


Zero Flat Lay:


Over The Shoulder: