Monday, December 14, 2015

BBK3408 KETIKA DAN KALIMAT



Assalamuaikum warga pembaca yang disayangi dan salam satu hati satu jiwa..entri kali ini merupakan entri terakhir untuk subjek ini..hurrmmm sedih nya..tapi tak bermakna ini post terakhir hihi..ok memandangkan minggu ni adalah minggu terakhir aku di sem akhir ni..aku nak kongsi la sedikit tentang perasaan aku tentang subjek Kesusasteraan dalam Multimedia ni. Sebenarnya dari sem satu lagi aku tengok nama subjek ni..hurm pandangan pertama aku rasa subjek ni amat manarik dan santai tapi kadang tu tertanya-tanya juga la apa yang kita belajar dalam subjek dan apa kaitan dengan kesusasteraan..ok la masa tu sem satu lagi kan mana la tau apa-apa.

Semasa di akhir sem enam aku  daftar subjek ni..senior dengan kawan-kawan aku ada cakap kelas Dr. Normaliza ni kena buat banyak keje..iye ke???..tapi diorang cakap kelas ni best sebab tak ada final exam..wah yang ni paling best bagi aku. Masa tu aku tak kenal sangat Dr. Normaliza ni tapi bila masuk sem 7 aku mula mengenali beliau. Pandangan pertama Dr. ni sangat tegas mana tak nye sekali bunyi telefon terus dia marah “off telefon tu hanya telefon aku je boleh bunyi” lebih kurang macam tu la dr. cakap..fuhh takut kejap terus seyap. Kelas kelas pun tak boleh datang lewat dia memang tak suka pelajar datang lewat. Tapi jujur aku cakap kelas ni banyak keje..mana taknya minggu pertama masuk da ada kerja kena buat..tapi setelah aku kenal dr. ni aku rasa aku suka cara dan sikap dia..kadang tegas, kadang tu rasa lawak pun ada tu yang best..Ayat dr. paling tak boleh blah yang aku ingat sampai bila-bila adalah “REDO JE”..setiap kali bagi kerja tu la ayat dia hihi..kalau tak dengar dalam satu minggu memang tak la..yang penting kelas ni memang best walaupun banyak kerja..mesti lepas habis belajar ni aku rindu nak masuk kelas tu lagi…


Ok tugasan yang paling aku suka buat dalam banyak-banyak tugasan tu adalah buat kalendar dan instagram..dengar je tugasan tu aku rasa semangat gila-gila nak buat huhu best nya. Itulah kali pertama aku buat kelendar dan belajar cara menggunkan perisian Adobe Photoshot tu. Lagi pun kalendar yang aku buat tu aku akan simpan baik-baik sebagai kenangan tuk kelas ini dan aku tak sabar nak tunjuk kat family aku yang buat tu..wah teruja bang hang. Lagi satu yang instagram pun aku paling suka juga sebab memang dari dulu lagi aku suka ambik gambar permandangan rapi tak jarang aku masukkan dalam instagram sebab aku suka simpan dalam laptop je jarang nak kongsi..tapi kali ni aku bahagia apabila dapat berkongsi gambar-gambar tu dan mendapat “like” dari dr..semua gambar tu aku akan simpan tuk kenangn kelas ni..huhu terima kasih dr. Normaliza Abd Rahim...

BBK3408 Ulasan Buku Learning Through Blog Writing Embracing the Technology

Ulasan Buku Learning Through Blog Writing Embracing the Technology
Oleh: Nur Safura binti Zulkifli (168251)

Tajuk Buku : Learning Through Blog Writing Embracing the Technology
Pengarang : Normaliza Abd Rahim
Penerbit : Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Tahun Diterbitkan : 2014
Kategori Buku : Buku Ilmiah

Jumlah Muka Surat : 103



Blog adalah catatan seseorang individu yang boleh mengkombinasikan teks, imej dan video tentang apa sahaja yang ingin dikongsi bersama pembaca lain. Blog ini merupakan satu teknologi baru yang mempunyai peranan yang cukup besar dalam membentuk persekitaran penulis. Menurut Mompen (2010), blog merupakan jurnal di dalam talian di mana seseorang individu dapat mengemas kini secara berterusan dengan perkataan sendiri, idea pemikiran melalui perisian yang membolehkan seseorang itu mudah untuk berbuat demikian. Menurut beliau lagi keistimewaan blog terletak pada ciri interaktifnya di mana pembaca boleh memberi komen dan pandangan terhadap apa-apa kemasukan penulisan.

Selain itu, blog juga mempunyai potensi untuk meningkatkan pembelajaran secara kolaboratif dalam kalangan pelajar-pelajar sama ada semasa berada di dalam atau luar waktu persekolahan. Oleh itu, ulasan yang mendalam akan dibuat tentang buku Learning Through Blog Writing Embracing the Technology oleh Normaliza Abd Rahim pada tahun 2014 yang diterbitkan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Buku ini dikategorikan sebagai buku ilmiah iaitu buku yang bersifat akademik, keilmuan dan bersifat ilmu pengetahuan terutamanya pembelajaran melalui penulisan blog. Buku ini mengandungi 104 muka surat termasuk glosari, rujukan dan indeks.

Sebelum masuk kepada kandungan buku lebih baik jika dilihat gambaran yang menyentuh kepada perekaan buku luaran kerana ianya penting untuk menampakkan seni mengintegrasikan kulit buku adalah penting terutama kepada buku ilmiah seperti ini. Kerana kategori buku ilmiah ini kurang mendapat sambutan daripada buku-buku kategori lain. Oleh hal yang demikian, unsur-unsur pemilihan reka bentuk sangat diberi perhatian untuk menarik pembeli antara yang dilihat adalah pemilihan rupa taip, kontras warna, ilustrasi serta kulit depan dan belakang. Didapati kulit buku yang dihasilkan oleh penerbit buku ini telah menepati piawaian yang ditetapkan sebagai buku ilmiah di mana kulit buku depan dan belakang agak tebal sedikit dan sederhana keras berbanding kertas dalaman malah kulit buku depan dan belakang agak licin permukaannya.

Manakala ilustrasi muka depan dilihat agak ringkas ditambahkan dengan permainan kontras warna agak menarik di mana tajuk Learning Through Blog Writing menggunakan saiz font yang lebih besar sebagai fokus utama buku ini berbanding perkataan Embracing the Technology kerana fokus utama adalah pembelajaran melalui penulisan blog. Selain itu penggunaan warna merah pada Learning Through Blog Writing menonjolkan lagi fokus dan menggunakan kuning untuk perkataan Embracing the Technology untuk menampakkan kontras warna.

Seterusnya di bahagian tengah kulit depan diletakkan gambar jari yang sedang menaip papan kekunci komputer situasi ini amat sesuai dengan tajuk yang berkaitan dengan penulisan blog yang menjadikan buku ini lebih unik dan bernilai di mata masyarakat. Manakala bahagian bawah pula diletakkan nama pengarang buku yang menampakkan lagi keseimbangan. Penggunaan ilustrasi kulit utama buku dilihat tidak berat dan amat bersesuaian dengan kategori buku ilmiah.

Selain itu, dalam buku ini dimulakan dengan dedikasi, isi kandungan dan seterusnya kata pengantar.  Dedikasi ini ditujukan kepada semua ahli keluarga dan orang yang sangat rapat dengan penulis. Manakala dalam isi kandungan buku terdapat kata pengantar dan mengandungi 8 bab yang membincangkan tajuk kecil mengenai blog. Dalam bab satu penulis mendeddahkan mengenai apa itu blog dan penulisan blog, bab 2 berkisarkan tentang kajian mengenai penulisan blog, bab 3 tentang perspektif terhadap pembelajaran blog, bab 4 ada mengenai cara menulis dalam blog untuk meningkatkan pembelajaran, bab 5 cerita tentang musim luruh  dalam penulisan blog, bab 6 blog sebagai media pembelajaran bahasa dan kesusasteraan, bab 7 mari mulakan blog sekarang dan akhir sekali iaitu bab 8 adalah penulis mendedahkan tentang etika dalam penulisan blog.

Seterusnya, pada bahagian kata penghantar pula penulis telah menyatakan bahawa buku yang dihasilkan oleh beliau ini dapat membantu pendidik, penyelidik dan pelajar di dalam melaksanakan aktiviti penulisan blog di dalam kelas malah turut menerangkan kepentingan penggunaan ini. Menurut beliau, penulisan teks ini mempunyai dua matlamat iaitu ketepatan dan simulasi penulisan blog. Oleh hal yang demikian, kita dapat menjangkakan bahawa penulis ini sangat peka kerana setiap penulisan yang ditulis adalah jelas dan secara terus. Selain itu, di akhir buku ini terdapat senarai glosari, rujukan dan indek. Glosari adalah daftar sesuatu istilah untuk rujukan pembaca yang menjelaskan sesuatu konsep yang relevan dengan bidang ilmu penulisan blog ini. Glosari, rujukan dan indek ini sangat membantu pembaca untuk menemukan erti kata-kata yang tidak difahami.

Dari segi tema pula memperlihatkan bahawa penulisan ini hanya berfokuskan tentang pembelajaran melalui penulisan blog. Oleh itu, dalam setiap bab yang terdapat buku tersebut hanya memfokuskan mengenai blog. Dalam buku ini menerangkan segala-galanya mengenai blog. Dan ini memudahkan orang ramai untuk memahami tentang penggunaan blog ini. Hal ini kerana, hanya dengan membaca buku ini mereka dapat belajar segala-galanya tentang pendedahan pembelajaran menerusi penulisan blog ini. Oleh itu, bagi saya buku ini sangat menarik dan dapat membantu semua orang yang ingin mendapat maklumat dan pendedahan mengenai blog ini. Dalam bab 7 penulis telah menjelaskan setiap langkah dengan menggunakan gambar iaitu 4 langkah cara membuat email di gmail, 20 langkah untuk membuat blog di blogspot dan 16 langkah untuk membuat blog di wordpress dan banyak lagi yang menarik dalam buku ini.

Seterusnya, dalam penulisan pula penulis banyak menyelitkan pandangan dan pendapat sarjana barat yang tersohor untuk menjelaskan dan menegakkan lagi isi perbincangannya tentang pembelajaran menerusi blog ini seperti Nowson (2006), Richardson (2009), Darren (2014) dan ramai lagi. Oleh itu, kita dapat melihat bahawa penulis ini benar-benar mendalami tentang blog dan merupakan salah sorang pengguna blog. Beliau mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman mengenai blog ini. Dari segi gaya bahasa, penulis lebih suka menggunakan ayat penyata secara terus dan banyak menggunakan istilah-istilah yang mudah difahami oleh pembaca dan tidak banyak menggunakan ayat yang bombastik. Malahan penulis juga menulis menggunakan kalimat yang panjang dan deskriptif yang digabungkan dengan menggunakan tanda koma dan titik. Penggunaan bahasa, pemilihan kata dan struktur ayat yang jelas digunakan mempunyai kekuatan yang tersendiri yang dapat berdiri sendiri. Justeru, gambaran gaya penulisan penulis ini telah memenuhi sifat-sifat keilmiahan dalam buku ini.

Rujukan:
Mompen, A.R. The Development of Meaningful Interaction on a Blog Used For The Leaning of Engish as a Foreign Language. European Association For Computer Assisted   Language Learning , 22 (3), 376-395. Doi  10.1017/S0958344010000200.2010. 

BBK3408 Ulasan Buku Wacana Bahasa

Ulasan Buku Wacana Bahasa
Oleh: Nur Safura binti Zulkifli (168251)

Tajuk Buku : Wacana Bahasa
Pengarang : Normaliza Abd Rahim
Penerbit : Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Tahun Diterbitkan : 2014
Kategori Buku : Buku Ilmiah

Jumlah Muka Surat: 102 


Ulasan merupakan huraian tentang sesuatu, kupasan, tafsiran oleh pengkritik. Oleh itu, ulasan yang mendalam akan dibuat tentang buku Wacana Bahasa yang ditulis oleh Normaliza Abd Rahim pada tahun 2014 yang diterbitkan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Buku ini dikategorikan sebagai buku ilmiah iaitu buku yang bersifat akademik, keilmuan dan bersifat ilmu pengetahuan terutamanya tentang wacana bahasa. Buku ini mengandungi 102 muka surat termasuk lampiran, rujukan dan indeks.

Sebelum memasuki kandungan, saya terlebih dahulu akan menyentuh kepada perekaan buku luaran kerana ianya penting untuk menampakkan seni mengintegrasikan kulit buku adalah penting terutama kepada buku ilmiah seperti ini. Unsur-unsur pemilihan reka bentuk sangat diberi perhatian untuk menarik pembeli antara yang dilihat adalah pemilihan rupa taip, kontras warna, ilustrasi serta kulit depan dan belakang. Kulit buku yang dihasilkan oleh penerbit buku ini telah menepati piawaian yang ditetapkan sebagai buku ilmiah dimana kulit buku depan dan belakang agak tebal sedikit dan sederhana keras berbanding kertas dalaman. Manakala kontras warna agak menarik kerana tajuk Wacana menggunakan saiz font yang lebih besar berbanding perkataan Bahasa kerana fokus utama terhadap wacana ditambahkan dengan penggunaan warna merah untuk menonjolkan lagi fokus dan menggunakan warna hitam untuk perkataan Bahasa untuk menampakkan kontras warna. Seterusnya kulit depan di bahagian tengah diletakkan gambar situasi orang dalam satu perbincangan yang amat sesuai dengan kaitan tajuk Wacana Bahasa yang menjadikan buku ini lebih unik dan bernilai di mata masyarakat. Manakala bahagian bawah pula diletakkan nama pengarang buku yang menampakkan lagi keseimbangan. Penggunaan ilustrasi kulit utama buku dilihat tidak berat dan amat bersesuaian dengan kategori buku ilmiah.

            Seterusnya, menyentuh pula tentang tema. Wacana Bahasa merupakan tajuk utama yang menjadi tema utama dalam buku ini. Wacana adalah rentetan kalimat yang saling berkait dalam menghubungkan satu posisi dengan posisi lain di dalam kesatuan makna antara bahasa. Wacana merupakan satuan bahasa yang terlengkap dan utuh kerana setiap bahagian di dalam wacana itu berhubung secara padu. Wacana dalam kebahasaan menepati hierarki teratas kerana merupakan ianya merupakan satuan gramatikal tertinggi dan terbesar. Wacana dapat berupa kata, kalimat, paragraf, atau karangan utuh yang lebih besar, seperti buku dan artikel yang berisi amanat lengkap. Kata yang digunakan dalam wacana haruslah berpotensi sebagai kalimat, bukan kata yang lepas konteks. Justeru, wacana amat bergantung pada keutuhan unsur makna dan konteks yang melingkupinya. Tema utama ini dibahagikan kepada sembilan bab sebagai isi kandungan yang lebih menekankan ke arah wacana bahasa iaitu Teater Kanak-Kanak, Penggunaan Media Teknologi, Penulisan Papan Cerita, Pantun Melayu, Sajak Melayu, Kata Kerja dalam Cerita binatang, Antonim Bahasa Melayu, dan Penerapan Nilai Sosial dalam Peribahasa Melayu. Isi kandungan penting untuk mendapat maklumat yang terkandung di dalam buku sebagai perkara asas yang dilihat kepada pembaca sebelum membelinya.

            Unsur dalaman buku selepas isi kandungan didapati penulis telah memasukkan ucapan dedikasi ringkas kepada ibu bapa dan anaknya dan seterusnya menyentuh tentang prakata buku tersebut. Prakata yang ditulis oleh penulis agak jelas kerana penulis menyatakan bahawa penerbitan buku ini sebagai permulaan wacana bahasa. Kajian beliau ini menekankan aspek analisis wacana yang jelas dan difikirkan sesuai untuk dibahaskan. Menurut beliau, buku ini telah menonjolkan keberkesanan pembelajaran bahasa Melayu yang akhirnya membawa kepada satu paradigma terhadap wacana bahasa. Malah penulis juga telah membuat ringkasan pendek setiap bab dalam buku tersebut yang didapati bersesuaian sebagai rujukan oleh para pelajar dan kepada sesiapa yang mahu mendalami ilmu wahana bahasa dan kesusasteraan.

Berdasarkan buku Wacana Bahasa, bab 1 Teater Kanak-kanak, membincangkan penggunaan teater sebagai alat penarik minat kanak-kanak dalam mempelajari bahasa Melayu. Walaupun kanak-kanak tidak terdedah dengan teater ini namun aspek yang ditonjolkan dalam teater tersebut dapat meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak terutama anak yatim dalam memberi pendapat diri sendiri yang lahir dalam pemikiran dan minda apabila sesuatu itu dipertontonkan kepada kanak-kanak. Kajian ini melibatkan 80 pelajar berumur 4 hingga 14 tahun dari rumah anak yatim di Selangor.

Seterusnya bab 2 iaitu kajian Penggunaan Media Teknologi telah meneliti tentang penggunaan media pada masa kini terutamanya dalam kalangan pelajar Universiti Putra Malaysia yang belajar bahasa Melayu. Pada permulaan perenggan penulis menerangkan tentang define perenggan dalam perbincangan penulis juga turut memasukkan contoh perbualan yang dirakam semasa perbincangan. Kajian mendapati bahawa aktiviti menggunakan video kamera (shot klip video) meningkatkan lagi keyakinan pelajar dalam memberi pendapat dan idea dalam sesuatu perkara.

Bab 3 menceritakan tentang Penulisan Papan Cerita, penulisan ini memberi fokus kepada penulisan papan cerita yang merupakan salah satu aktiviti secara individu atau kumpulan dalam membuat susunan cerita yang ingin disampaikan. Tajuk dalam buku menunjukkan pengkaji banyak memberi penerangan dengan memberi contoh kajian yang turut dilakukan oleh pengkaji sendiri pada tahun 2011 dan 2012. Kajian ini turut menggunakan sampel yang terdiri daripada 30 subjek dari jurusan Sastera Melayu di Universiti Putra Malaysia. Hasil dapatan mendapati bahawa subjek mempunyai keyakinan yang tinggi dalam penulisan papan cerita pantun dua kerat dan turut menunjukkan minat yang tinggi serta kerjasama dalam kumpulan. Kajian seperti ini memberi manfaat kepada pendidik dan pelajar di Malaysia dan para akademik yang meminati pantun.

Manakala bab 4 merupakan satu kajian tentang Pantun Melayu yang menjadi kebanggaan orang Melayu didedahkan kepada pelajar Korea di Hangkuk University of Foreign Studies sekali gus memberi manfaat kepada masyarakat luar negara yang berminat dengan pantun Melayu. Pada permulaan penulisan penulis terlebih dahulu menerangkan tentang isu utama iaitu pantun Melayu. Justeru, dapatan mendapati bahawa pelajar Korea dapat memahami makna setiap pantun yang diberikan.

Seterusnya, Sajak Melayu dalam bab 5 memfokuskan tentang penggunaan sajak sebagai salah satu aktiviti pembelajaran di dalam kelas terhadap pelajar kelas Kesusasteraan Kontemporari di Hankuk University of Foreign Studies, Korea. Dua sajak oleh A. Samad Said telah dipilih dan didapati bahawa pelajar berjaya memberi maksud terhadap sajak tersebut. Dalam hal ini, untuk mengukuhkan penulisannya penulis banyak memasukkan contoh sorotan kajian yang berkaitan dengan sajak Melayu. Perbincangan ini telah memberi keyakinan dan kesedaran tentang menjelaskan sajak Melayu moden.

Di samping itu, bab 6 pula menceritakan tentang Kata Kerja Dalam Cerita Binatang. Kajian ini kepada penggunaan kata kerja dalam cerita binatang dalam kalangan pelajar sindrom Asperger (pelajar istimewa). Kajian ini dapat dilihat bahawa pengkaji mempunyai sifat yang prihatin dan bertanggungjawab dalam menarik minat pelajar golongan ini serta berfikiran luas. Perhatian yang penuh terhadap pembelajaran dapat dikesan apabila aktiviti dijalankan. Kajian ini akhirnya memberi keyakinan kepada pelajar golongan ini dan berjaya menyebut semula kata kerja yang terdapat dalam cerita tersebut.

Bab 7 pula membincangkan tentang Antonim Bahasa Melayu yang memfokuskan penggunaan antonim bahasa Melayu dalam pembelajaran yang disasarkan kepada pelajar Korea. Dalam hal ini didapati pelajar yakin dalam menjelaskan makna setiap perkataan dan antonim dengan menggunakan soalan dan ayat. Justeru, kajian ini memberi impak kepada pelajar Korea yang belajar bahasa Melayu sebagai bahasa asing.

Seterusnya, bab 8 pula menjelaskan tentang Penerapan Nilai Sosial Melalui Lakonan Cerita. Kajian ini adalah kerana nilai sosial penting bagi pelajar sindrom Asperger. Tontonan umum di hadapan membuatkan mereka lebih memahami. Berdasarkan kepada ketiga-tiga cerita sosial didapati pelajar telah faham akan konsep nilai sosial dalam lakonan cerita bagi tujuan sosial pelajar sindrom Asperger. Kajian ini amat bermakna untuk menyedarkan masyarakat supaya mengambil berat terhadap golongan ini.

Pada akhir bab 9 penulis mengkaji tentang Nilai dalam Peribahasa Melayu yang memfokuskan kepada penggunaan peribahasa Melayu di dalam situasi bersama pelajar di dalam tiga kelas bahasa Melayu-Indonesia di Hankuk University of Foreign Studies. Didapati sekitar 20 peribahasa sapat dikenal pasti mempunyai nilai murni berbanding 60 peribahasa itu.

Selain itu, perbincangan dalam tajuk ini dilihat amat bersesuaian dengan tahap ilmu pengetahuan yang memberi keilmuan kepada pengajar dan pelajar. Dari segi gaya penulisan pula, penulis menggunakan bahasa yang mudah dan tidak terlalu tinggi malah turut menggunakan bahasa yang santai dalam menghuraikan contoh terhadap kajian-kajian lepas yang dijadikan sorotan. Bahasa standard yang digunakan ini memudahkan pemahaman pembaca tanpa menimbul keraguan di minda pembaca. Seterusnya, penggunaan font arial dan saiz yang bersesuaian memudahkan pembaca untuk membaca dengan lancar dan membantu memahami dengan jelas tentang wacana bahasa yang ingin disampaikan oleh penulis. Justeru, berdasarkan ulasan di atas dapat dirumuskan bahawa buku Wacana Bahasa telah menepati sifat ilmiahnya dan amat sesuai digunakan oleh pengkaji dan pelajar atau pengajar untuk menambahkan ilmu pengetahuan amat sesuai disarankan terutamanya kepada pelajar yang mengikuti subjek bahasa Melayu di universiti yang bertujuan memberi pendedahan tentang wacana bahasa.

BBK3408MONTAJ INDIVIDU

Assalamualaikum dalam salam satu hati satu jiwa..hai korang..sedar tak sedar dah minggu akhir aku belajar kat UPM ni. 3 minggu lagi bermula la cuti panjang aku dan mungkin masa tu aku sibuk mencari kerja tak ada plan pulak nak sambung belajar..mungkin nak rehatkan otak sekejap dan menikmati saat cuti. Hurmm mesti lepas ni aku rindu gilerr nak belaja sini lagi tipu lah kalau aku cakap tak rindu kan hihi..eh panjang pula hujah aku ni tak pe la nanti aku citer lain kali lak ek plan aku tu.

Ok kali ini aku nak citer sikit mengenai video montaj individu ni. Bagi aku gambar keluarga tak ada masalah sebab banyak kot gambar family aku dalam laptop ni tapi kalau video tu memang tak ada langsung la huhu..tak pernah pula terfikir nak buat video family tapi apa kan daya tuntutan tugas kena la buat video untuk keluarga. Masa tu aku tak tau nak buat dan rakam apa untuk video ni. Maklumlah family aku ni bukan nya jenis suka duduk depan kamera apa lagi nak rakam video huhu memang tak la. Lagipun tak ada masa kot nak buat sebab tugasan ni diberi lepas cuti sem jadi mana la ada masa nak balik buat benda tu lgipun masa tu jugak aku sibuk dengan Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA) aku tu. Sibuk betul la masa tu sampai tak sempat nak buat pe. Yela nak kejar buat PITA sebab kena bentang.

Ok la nak dijadikan cerita semasa cuti sekolah yang panjang ni sepupu aku ada buat kenduri kahwin kat rumahnya di Negeri Sembilan jadi family aku datang la dan duduk 3 hari di Negeri Sembilan tu dan selepas semua majlis selesai adik aku pergi la duduk kat KL rumah mak saudara aku kat cheras dan pada masa itu ayah dan mak aku terpaksa balik sebab kerja. Jadi pada suatu hari aku dengan adik aku tu keluarlah jalan-jalan dekat times square jadi masa tu aku terfikir nak rakam perjalanan kami tapi pendek je yang aku rakam tapi ok la dapat jugak la untuk dibuat video tu daripada tak ada apa-apa tu..tapi yang ruginya masa adik aku keluar main dekat theme park tu aku tak pergi sebab ada kelas huhu ruginya..kalau aku pergi mesti ada da rakam tu tuk masukkan dalam video tapi tak apalah nak buat macam mana tak boleh nak pergi kan huhu..ok la panjang pula cerita aku ni..jom la saksikan video montaj yang aku buat khas untuk insan yang aku cintai..















BBK3408 MONTAJ GROUP

Assalamualaikum pembaca-pembaca yang ikhlas membaca blog aku ni..aku harap korang tetap setia membaca blog ini maklumlah semua blog ini aku cerita tentang subjek aku je huhu..aku harap korang tak bosan hihi..ok lah kali ni aku nak belanja korang tengok video montaj hasil kumpulan Chinggu Production yang selama ini bertungkus lumus dalam membuat tugasan. Di sini terdapat dua montaj iaitu montaj video dan montaj gambar. Disebabkan banyak video lakonan dan nyanyi yang kami padam dan tiada dalam simpanan kecuali mengenai video wawancara je. Jadi kami terpaksa membuat satu video khas yang dibuat di Taman Saujana Hijau Putrajaya sebagai tanda terakhir video kumpulan kami. Di sini pelbagai perasaan diluahkan oleh setiap ahli kumpulan.. JOM SAKSIKAN VIDEO KHAS KAMI 








BBK3408 WAWANCARA

Assalamualaikum..hai korang semua aku harap korang tak jemu membaca blog ini..tapi kali ini cerita aku lain sikit bukan lagi tentang media sosial atau video lagu tau lakonan ke apa..kali ini tugasan berlainan sikit iaitu tentang cara membuat wawancara. Biasanya kita buat wawancara di mana kamera betul-betul di hadapan orang yang diwawancara tapi yang ini orang yang diwawancara berhadapan dengan orang yang menanyakan soalan dengan posisi kamera di sebelah orang yang menanyakan soalan..fokus camera adalah kepada orang yang diwawancara. Jadi orang tersebut kedudukan agak sengit sedikit. Untuk tugasan ini aku dengan ahli kumpulan memilih tajuk Melancong dan untuk menampakkan ianya berbeza sedikit kami menggunakan watak yang berbeza iaitu watak seorang pegawai, guru sekolah, doktor pakar, pelajar, artis dan seorang isteri yang mempunyai anak. Wawancara yang kumpulan kami buat agak santai dan ringkas je maklumlah 4 soalan ditujukan kepada 6 orang yang berbeza..jom saksikan wawancara tersebut dalam video di bawah ini..selamat menonton



BBK3408 MEDIA SOSIAL



Assalamualaikum warga pembaca semua..semoga anda semua sihat dan bahagia selalu aminnn. Ok entri kali ini aku tidak mahu menulis banyak cuma nak bagi tahu bahawa dalam kelas subjek Kesusasteraan dalam Multimedia ini aku didedahkan dengan pelbagai media-media sosial yang tengah hangat masa kini terutama di kalangan golongan remaja ni. Contohnya Keek, Facebook, Linkedin, Tumblr, Twitter, Instagram dan vine. Oleh kerana itu, aku dan rakan-rakan kelas aku ditugaskan membuka akaun tersebut untuk di dedahkan dengan penggunaan media sosial terkini..mahu tak mahu kenalah install semua tu lam fon..yang sedia ada tak payah la susah-susah nak buat baru gunalah yang sedia ada.. banyak-banyak aplikasi tu instagram je yang paling aku suka..hihi biasa la semua orang suka akan gambar..ok untuk tunjuk bukti yang aku ada akaun tersebut aku pun snap la gambar hahaha bukti kot yang aku pernah ada akaun semua tu walaupun ada yang antaranya tidak digunakan..tapi tak apelah asal pernah ada akaun jadi lah..jeng jeng jeng inilah bukti yang aku pernah ada akaun tersebut..

vine

facebook


keek

twitter

instagram


tumblr


LinkedIn