Assalamuaikum warga pembaca yang
disayangi dan salam satu hati satu jiwa..entri kali ini merupakan entri
terakhir untuk subjek ini..hurrmmm sedih nya..tapi tak bermakna ini post
terakhir hihi..ok memandangkan minggu ni adalah minggu terakhir aku di sem
akhir ni..aku nak kongsi la sedikit tentang perasaan aku tentang subjek
Kesusasteraan dalam Multimedia ni. Sebenarnya dari sem satu lagi aku tengok
nama subjek ni..hurm pandangan pertama aku rasa subjek ni amat manarik dan
santai tapi kadang tu tertanya-tanya juga la apa yang kita belajar dalam subjek
dan apa kaitan dengan kesusasteraan..ok la masa tu sem satu lagi kan mana la
tau apa-apa.
Semasa di akhir sem enam aku daftar subjek ni..senior dengan kawan-kawan
aku ada cakap kelas Dr. Normaliza ni kena buat banyak keje..iye ke???..tapi
diorang cakap kelas ni best sebab tak ada final exam..wah yang ni paling best
bagi aku. Masa tu aku tak kenal sangat Dr. Normaliza ni tapi bila masuk sem 7
aku mula mengenali beliau. Pandangan pertama Dr. ni sangat tegas mana tak nye
sekali bunyi telefon terus dia marah “off telefon tu hanya telefon aku je boleh
bunyi” lebih kurang macam tu la dr. cakap..fuhh takut kejap terus seyap. Kelas
kelas pun tak boleh datang lewat dia memang tak suka pelajar datang lewat. Tapi
jujur aku cakap kelas ni banyak keje..mana taknya minggu pertama masuk da ada
kerja kena buat..tapi setelah aku kenal dr. ni aku rasa aku suka cara dan sikap
dia..kadang tegas, kadang tu rasa lawak pun ada tu yang best..Ayat dr. paling
tak boleh blah yang aku ingat sampai bila-bila adalah “REDO JE”..setiap kali
bagi kerja tu la ayat dia hihi..kalau tak dengar dalam satu minggu memang tak
la..yang penting kelas ni memang best walaupun banyak kerja..mesti lepas habis
belajar ni aku rindu nak masuk kelas tu lagi…
Ok tugasan yang paling aku suka buat
dalam banyak-banyak tugasan tu adalah buat kalendar dan instagram..dengar je
tugasan tu aku rasa semangat gila-gila nak buat huhu best nya. Itulah kali
pertama aku buat kelendar dan belajar cara menggunkan perisian Adobe Photoshot tu. Lagi pun kalendar
yang aku buat tu aku akan simpan baik-baik sebagai kenangan tuk kelas ini dan
aku tak sabar nak tunjuk kat family aku yang buat tu..wah teruja bang hang.
Lagi satu yang instagram pun aku paling suka juga sebab memang dari dulu lagi
aku suka ambik gambar permandangan rapi tak jarang aku masukkan dalam instagram
sebab aku suka simpan dalam laptop je jarang nak kongsi..tapi kali ni aku
bahagia apabila dapat berkongsi gambar-gambar tu dan mendapat “like” dari
dr..semua gambar tu aku akan simpan tuk kenangn kelas ni..huhu terima kasih dr. Normaliza Abd Rahim...
No comments:
Post a Comment