Saturday, October 31, 2015

BBK3408: ONE SHOT VIDEO (3 layer)

BK3408: ONE SHOT VIDEO (3 layer)


     Assalamualaikum dan selamat pagi kepada pembaca semua. Pagi ini saya akan berkongsi tentang tugasan seterusnya tetapi masih lagi mengenai video. Kami ditugaskan untuk membuat one shot video juga tapi yang ini 3 layer. Video 3 layer ini bertujuan untuk menarikkan lagi sesuatu video itu. 3 la yer bermaksud video yang mempunyai 3 lapisan contoh lapisan pertama orang yang miming, kedua lakonan dan ketiga adalah perkara yang tidak dirancang dan datang secara kebetulan seperti orang yang lalu lalang, orang yang sapu sampah atau pokok bergoyang ke asalkan sesuatu yang bergerak. 3 layer ini bertujuan untuk menarik penonton menonton video tersebut sampai habis tanpa ada kebosanan.

      Bagi video 3 layer ini kumpulan kami memilih lagu yang dinyanyikan oleh Jaclyn Victor yang bertajuk jagalah diri. Video ini mengisahkan kerinduan seorang ibu terhadap anaknya yang belajar di luar negara. Selain itu, video ini juga memaparkan imbas kembali saat anaknya pulang dari sekolah mengambil keputusan SPM. Kegembiraan terpancar apabila anaknya berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dan anaknya bercita-cita untuk menyambung pelajaran ke luar negara. Akhir video ini memaparkan anaknya pulang ke rumah dan terus memeluk ibunya setelah lama tidak berjumpa dan segala kerinduan dilepaskan disitu. Eh panjang pula cerita saya..Ok mesti semua pembaca tidak sabar untuk menonton video ini kan. Apa kata anda lihat sendiri di dalam youtube dengan menaip BBK 3408 JAGALAH DIA (3 layer) atau video dibawah ini..Selamat menonton..sekian dari saya.



BBK3408 : FOTOGRAFI


       
        DARI LENSA CAMERA

Pada minggu keempat, kami diajar tentang asas mengenai fotografi. Disini saya mendapat pengetahuan tentang cara mengambil gambar dengan cara yang berbeza dan mengikut kretiviti yang tersendiri. Antara jenis gambar yang saya pelajari antaranya adalah full shot, medium shot, selfie, wefie, flat lay, half flat lay, quarter flat lay, zero flat lay dan over the shoulder. Selepas penerangan tersebut, kami diberikan tugasan  kumpulan untuk mengambil gambar dan membentangkannya pada minggu seterusnya. Hasilnya adalah seperti dibawah;



Long Shot:

Full Shot:


Medium Shot:


Mug Shot:


Selfie:


Selfie:


Welfie:


Welfie:


Welfie:


Flat lay:


Half Flat Lay:


Quarter Flat Lay


Zero Flat Lay:


Over The Shoulder:








BBK3408: ONE SHOT VIDEO (2 layer)




BBK3408: ONE SHOT VIDEO (2 layer)


         Assalamualaikum..haii..hari ini saya mahu berkongsi tentang tugasan video yang kedua pula. Selepas one shot video tu, kami ditugaskan untuk membuat one shot video tapi yang ini untuk 2 layer. 2 layer ini bermaksud video 2 lapis iaitu orang yang miming dan orang yang membuat lakonan tidak kiralah posisi macam mana asalkan nampak 2 layer. Tugasan ke 2 ini kami memilih lagu yang dinyanyikan oleh Adira yang bertajuk Ada Kamu. Lagu ini menggambarkan hubungan persahabatan diantara kami satu kumpulan yang saling memerlukan antara satu sama lain.
     
          Kami memilih dua orang untuk mimingkan lagu itu dan lagi empat orang membuat lakonan di belakang. Tempat yang kami pilih adalah di Fakulti Kejuruteraan. Dalam pembikinan video ini kami mengalami sedikit masalah kerana di belakang lakonan ada laluan berjalan kaki yang menyebabkan munculnya 3 layer. Oleh itu, kami terpaksa merakam beberapa kali sehinggalah video tersebut betul-betul nampak dua layer. Kepada pembaca semua anda bolehlah menonton video kami dibawah ini..Selamat menonton..





Sunday, October 25, 2015

BBK3408 : ASAS GRAFIK


ASAS GRAFIK

Assalamualaikum..hai pembaca-pembaca yang disayangi. Entri kali ini aku akan menceritakan tentang aktiviti pertama aku dalam kelas tuk subjek ini ada tentang asas grafik. Kami diberi tugas untuk menyedia bahan-bahan seperti majalah lama, gam uhu, gunting, reben, dan beberapa lagi yang lain. Pada hari itu kami ahli kumpulan diajar tentang asas grafik yang terbahagi kepada 5 seperti dibawah dan dengan mengguna majalah-majalah terpakai ditugaskan mencari gambar-gambar yang memenuhi asas-asas grafik tersebut dan ini lah hasil tuk aktiviti kelas pertama.

5 asas grafik iaitu:
1-mudah
2-warna
3-teks
4-kesesuaian
5-keseimbangan







BBK3408: One Shot Video



BBK3408: One Shot Video



Dalam subjek Kesusasteraan dalam Media kami dedahkan cara membuat video dan turut diajar tentang perisian youtube. Tugasan pertama yang diberikan oleh dr. adalah membuat satu iaitu video one short video. Kami ditugaskan mencari satu lagu untuk di miming dan panjang video tersebut mengikut kepanjangan lagu yang dipilih. Setelah tugasan diberi kami berkumpul dalam kumpulan untuk membincangkan tentang video tersebut. Keputusan dalam perbincangan tersebut kami telah memilih lagu Sha Na Na yang dinyanyikan oleh Amy Mastura. Dalam perbincangan ini juga kami turut membahagikan tugasan untuk setiap ahli. Video yang telah siap hendaklah dimuat naik dalam youtube untuk tontotan umum dan mendapatkan like dari penonton. Tugasan seperti ini telah mendedahkan pelajar cara berfikiran kreatif dan kritis. Di samping itu, yang amat penting pelajar dapat didedahkan dengan perisian youtube yang sebelum ini kurang diberi perhatian kepada pelajar. Menurut dr Normaliza youtube juga dapat dijadikan sebagai punca pendapatan. Dalam hal ini, kami didedahkan dengan cara pembelajaran yang berbeza dan agak seronok apabila melakukan video tersebut. Oleh disebabkan video pertama kumpulan chinggu, kami sepakat memilih lagu yang santai-santai dan tidak berat. Kepada pembaca anda semua boleh menonton video ini di dalam youtube atau video di bawah ini..sekian dari saya dan terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk membaca blog saya ini..terima kasih..

https://www.youtube.com/watch?v=EzJc1JezjK8


Sunday, October 18, 2015

BBK3408 : CERITA TENTANG DIRI SAYA

BBK3408: CERITA TENTANG DIRI SAYA



Nama saya Nur Safura binti Zulkifli merupakan anak kedua daripada tujuh beradik. Berasal daripada Kelantan dan dilahirkan pada 2.9.1992 di Kampung kijal, Machang, Kelantan. Dari kecil lagi saya seorang yang ceria dan mempunyai ego yang tinggi maklumla budak kampungkan. Bagi saya hidup kat kampung lagi menarik berbanding di bandar. Budak kampung macam saya ini banyak terdedah dengan mainan luar seperti masuk hutan, panjat pokok, terjun dalam sungai dan banyak lagi la huhu..hobi yang paling saya suka ialah tangkap ikan di sungai, di tepi sawah dan parit berdekatan dengan rumah. Semuanya nampak lasak kan haha, maklum la kawan-kawan masa kecik dulu semuanya lelaki, perempuada pun mujur je ada sorang huhu.

Dulunya saya mempunyai cita-cita yang tinggi melangit kononnya nak jadi doktor atau polis katakan huhu, iyela sebab terlalu terpengaruh dengan cerita dalam televisyen haha..Saya mula menerime pendidikan pada usia empat tahun di Tadika Kemas bersama-sama dengan kakak saya. Kemudian saya meneruskan persekolah tahun 1-6 di Sekolah Kebangsaan Pak Roman dan seterusnya saya meneruskan pengajian di tinggkatan 1-5 di Sekolah Menegah Kebangsaan Machang. Selepas habis pengajian ditingkatan 5 saya mendapat tawaran diploma tetapi terpaksa meneruskan pengajian di tingkatan 6 atas sebab-sebab tertentu. Saya juga pernah menjadi pelajar terbaik dalam keputusan STPM. Seterusnya, saya mendapat tawaran belajar di Universiti Putra Malaysia dan sekarang ini saya berada di tahun akhir.