BBK3408: ONE SHOT VIDEO (2 layer)
Assalamualaikum..haii..hari ini saya mahu berkongsi tentang tugasan video yang kedua pula. Selepas one shot video tu, kami ditugaskan untuk membuat one shot video tapi yang ini untuk 2 layer. 2 layer ini bermaksud video 2 lapis iaitu orang yang miming dan orang yang membuat lakonan tidak kiralah posisi macam mana asalkan nampak 2 layer. Tugasan ke 2 ini kami memilih lagu yang dinyanyikan oleh Adira yang bertajuk Ada Kamu. Lagu ini menggambarkan hubungan persahabatan diantara kami satu kumpulan yang saling memerlukan antara satu sama lain.
Kami memilih dua orang untuk mimingkan lagu itu dan lagi empat orang membuat lakonan di belakang. Tempat yang kami pilih adalah di Fakulti Kejuruteraan. Dalam pembikinan video ini kami mengalami sedikit masalah kerana di belakang lakonan ada laluan berjalan kaki yang menyebabkan munculnya 3 layer. Oleh itu, kami terpaksa merakam beberapa kali sehinggalah video tersebut betul-betul nampak dua layer. Kepada pembaca semua anda bolehlah menonton video kami dibawah ini..Selamat menonton..

No comments:
Post a Comment