Sunday, October 18, 2015

BBK3408 : CERITA TENTANG DIRI SAYA

BBK3408: CERITA TENTANG DIRI SAYA



Nama saya Nur Safura binti Zulkifli merupakan anak kedua daripada tujuh beradik. Berasal daripada Kelantan dan dilahirkan pada 2.9.1992 di Kampung kijal, Machang, Kelantan. Dari kecil lagi saya seorang yang ceria dan mempunyai ego yang tinggi maklumla budak kampungkan. Bagi saya hidup kat kampung lagi menarik berbanding di bandar. Budak kampung macam saya ini banyak terdedah dengan mainan luar seperti masuk hutan, panjat pokok, terjun dalam sungai dan banyak lagi la huhu..hobi yang paling saya suka ialah tangkap ikan di sungai, di tepi sawah dan parit berdekatan dengan rumah. Semuanya nampak lasak kan haha, maklum la kawan-kawan masa kecik dulu semuanya lelaki, perempuada pun mujur je ada sorang huhu.

Dulunya saya mempunyai cita-cita yang tinggi melangit kononnya nak jadi doktor atau polis katakan huhu, iyela sebab terlalu terpengaruh dengan cerita dalam televisyen haha..Saya mula menerime pendidikan pada usia empat tahun di Tadika Kemas bersama-sama dengan kakak saya. Kemudian saya meneruskan persekolah tahun 1-6 di Sekolah Kebangsaan Pak Roman dan seterusnya saya meneruskan pengajian di tinggkatan 1-5 di Sekolah Menegah Kebangsaan Machang. Selepas habis pengajian ditingkatan 5 saya mendapat tawaran diploma tetapi terpaksa meneruskan pengajian di tingkatan 6 atas sebab-sebab tertentu. Saya juga pernah menjadi pelajar terbaik dalam keputusan STPM. Seterusnya, saya mendapat tawaran belajar di Universiti Putra Malaysia dan sekarang ini saya berada di tahun akhir.


No comments:

Post a Comment