Sunday, October 25, 2015

BBK3408: One Shot Video



BBK3408: One Shot Video



Dalam subjek Kesusasteraan dalam Media kami dedahkan cara membuat video dan turut diajar tentang perisian youtube. Tugasan pertama yang diberikan oleh dr. adalah membuat satu iaitu video one short video. Kami ditugaskan mencari satu lagu untuk di miming dan panjang video tersebut mengikut kepanjangan lagu yang dipilih. Setelah tugasan diberi kami berkumpul dalam kumpulan untuk membincangkan tentang video tersebut. Keputusan dalam perbincangan tersebut kami telah memilih lagu Sha Na Na yang dinyanyikan oleh Amy Mastura. Dalam perbincangan ini juga kami turut membahagikan tugasan untuk setiap ahli. Video yang telah siap hendaklah dimuat naik dalam youtube untuk tontotan umum dan mendapatkan like dari penonton. Tugasan seperti ini telah mendedahkan pelajar cara berfikiran kreatif dan kritis. Di samping itu, yang amat penting pelajar dapat didedahkan dengan perisian youtube yang sebelum ini kurang diberi perhatian kepada pelajar. Menurut dr Normaliza youtube juga dapat dijadikan sebagai punca pendapatan. Dalam hal ini, kami didedahkan dengan cara pembelajaran yang berbeza dan agak seronok apabila melakukan video tersebut. Oleh disebabkan video pertama kumpulan chinggu, kami sepakat memilih lagu yang santai-santai dan tidak berat. Kepada pembaca anda semua boleh menonton video ini di dalam youtube atau video di bawah ini..sekian dari saya dan terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk membaca blog saya ini..terima kasih..

https://www.youtube.com/watch?v=EzJc1JezjK8


No comments:

Post a Comment