Assalamualaikum dalam salam satu hati
satu jiwa..hai korang..sedar tak sedar dah minggu akhir aku belajar kat UPM ni.
3 minggu lagi bermula la cuti panjang aku dan mungkin masa tu aku sibuk mencari
kerja tak ada plan pulak nak sambung belajar..mungkin nak rehatkan otak sekejap
dan menikmati saat cuti. Hurmm mesti lepas ni aku rindu gilerr nak belaja sini
lagi tipu lah kalau aku cakap tak rindu kan hihi..eh panjang pula hujah aku ni
tak pe la nanti aku citer lain kali lak ek plan aku tu.
Ok kali ini aku nak citer sikit
mengenai video montaj individu ni. Bagi aku gambar keluarga tak ada masalah
sebab banyak kot gambar family aku dalam laptop ni tapi kalau video tu memang
tak ada langsung la huhu..tak pernah pula terfikir nak buat video family tapi
apa kan daya tuntutan tugas kena la buat video untuk keluarga. Masa tu aku tak
tau nak buat dan rakam apa untuk video ni. Maklumlah family aku ni bukan nya
jenis suka duduk depan kamera apa lagi nak rakam video huhu memang tak la.
Lagipun tak ada masa kot nak buat sebab tugasan ni diberi lepas cuti sem jadi
mana la ada masa nak balik buat benda tu lgipun masa tu jugak aku sibuk dengan
Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA) aku tu. Sibuk betul la masa tu sampai tak
sempat nak buat pe. Yela nak kejar buat PITA sebab kena bentang.
Ok la nak dijadikan cerita semasa cuti
sekolah yang panjang ni sepupu aku ada buat kenduri kahwin kat rumahnya di
Negeri Sembilan jadi family aku datang la dan duduk 3 hari di Negeri Sembilan
tu dan selepas semua majlis selesai adik aku pergi la duduk kat KL rumah mak
saudara aku kat cheras dan pada masa itu ayah dan mak aku terpaksa balik sebab
kerja. Jadi pada suatu hari aku dengan adik aku tu keluarlah jalan-jalan dekat
times square jadi masa tu aku terfikir nak rakam perjalanan kami tapi pendek je
yang aku rakam tapi ok la dapat jugak la untuk dibuat video tu daripada tak ada
apa-apa tu..tapi yang ruginya masa adik aku keluar main dekat theme park tu aku
tak pergi sebab ada kelas huhu ruginya..kalau aku pergi mesti ada da rakam tu
tuk masukkan dalam video tapi tak apalah nak buat macam mana tak boleh nak
pergi kan huhu..ok la panjang pula cerita aku ni..jom la saksikan video montaj
yang aku buat khas untuk insan yang aku cintai..
No comments:
Post a Comment