Ulasan Buku Learning Through Blog Writing Embracing the Technology
Oleh: Nur
Safura binti Zulkifli (168251)
Tajuk Buku : Learning Through Blog Writing Embracing the Technology
Pengarang : Normaliza Abd Rahim
Penerbit : Universiti Malaysia
Terengganu (UMT)
Tahun Diterbitkan : 2014
Kategori Buku : Buku Ilmiah
Jumlah Muka Surat : 103
Blog adalah catatan seseorang individu
yang boleh mengkombinasikan teks, imej dan video tentang apa sahaja yang ingin
dikongsi bersama pembaca lain. Blog ini merupakan satu teknologi baru yang
mempunyai peranan yang cukup besar dalam membentuk persekitaran penulis.
Menurut Mompen (2010), blog merupakan jurnal di dalam talian di mana seseorang
individu dapat mengemas kini secara berterusan dengan perkataan sendiri, idea
pemikiran melalui perisian yang membolehkan seseorang itu mudah untuk berbuat
demikian. Menurut beliau lagi keistimewaan blog terletak pada ciri
interaktifnya di mana pembaca boleh memberi komen dan pandangan terhadap
apa-apa kemasukan penulisan.
Selain itu, blog juga mempunyai
potensi untuk meningkatkan pembelajaran secara kolaboratif dalam kalangan
pelajar-pelajar sama ada semasa berada di dalam atau luar waktu persekolahan. Oleh
itu, ulasan yang mendalam akan dibuat tentang buku Learning Through Blog Writing
Embracing the Technology oleh Normaliza Abd Rahim pada tahun 2014
yang diterbitkan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Buku ini
dikategorikan sebagai buku ilmiah iaitu buku yang bersifat akademik, keilmuan
dan bersifat ilmu pengetahuan terutamanya pembelajaran melalui penulisan blog.
Buku ini mengandungi 104 muka surat termasuk glosari, rujukan dan indeks.
Sebelum masuk kepada kandungan buku
lebih baik jika dilihat gambaran yang menyentuh kepada perekaan buku luaran
kerana ianya penting untuk menampakkan seni mengintegrasikan kulit buku adalah
penting terutama kepada buku ilmiah seperti ini. Kerana kategori buku ilmiah
ini kurang mendapat sambutan daripada buku-buku kategori lain. Oleh hal yang
demikian, unsur-unsur pemilihan reka bentuk sangat diberi perhatian untuk
menarik pembeli antara yang dilihat adalah pemilihan rupa taip, kontras warna,
ilustrasi serta kulit depan dan belakang. Didapati kulit buku yang dihasilkan
oleh penerbit buku ini telah menepati piawaian yang ditetapkan sebagai buku
ilmiah di mana kulit buku depan dan belakang agak tebal sedikit dan sederhana
keras berbanding kertas dalaman malah kulit buku depan dan belakang agak licin
permukaannya.
Manakala ilustrasi muka depan dilihat
agak ringkas ditambahkan dengan permainan kontras warna agak menarik di mana tajuk
Learning Through Blog Writing menggunakan saiz font yang lebih besar
sebagai fokus utama buku ini berbanding perkataan Embracing the Technology kerana fokus utama adalah pembelajaran
melalui penulisan blog. Selain itu penggunaan warna merah pada Learning Through Blog Writing
menonjolkan lagi fokus dan menggunakan kuning untuk perkataan Embracing the Technology untuk menampakkan kontras warna.
Seterusnya di bahagian tengah kulit
depan diletakkan gambar jari yang sedang menaip papan kekunci komputer situasi
ini amat sesuai dengan tajuk yang berkaitan dengan penulisan blog yang
menjadikan buku ini lebih unik dan bernilai di mata masyarakat. Manakala
bahagian bawah pula diletakkan nama pengarang buku yang menampakkan lagi
keseimbangan. Penggunaan ilustrasi kulit utama buku dilihat tidak berat dan
amat bersesuaian dengan kategori buku ilmiah.
Selain itu, dalam buku ini dimulakan
dengan dedikasi, isi kandungan dan seterusnya kata pengantar. Dedikasi ini ditujukan kepada semua ahli
keluarga dan orang yang sangat rapat dengan penulis. Manakala dalam isi
kandungan buku terdapat kata pengantar dan mengandungi 8 bab yang membincangkan
tajuk kecil mengenai blog. Dalam bab satu penulis mendeddahkan mengenai apa itu
blog dan penulisan blog, bab 2 berkisarkan tentang kajian mengenai penulisan
blog, bab 3 tentang perspektif terhadap pembelajaran blog, bab 4 ada mengenai
cara menulis dalam blog untuk meningkatkan pembelajaran, bab 5 cerita tentang
musim luruh dalam penulisan blog, bab 6
blog sebagai media pembelajaran bahasa dan kesusasteraan, bab 7 mari mulakan
blog sekarang dan akhir sekali iaitu bab 8 adalah penulis mendedahkan tentang
etika dalam penulisan blog.
Seterusnya, pada bahagian kata
penghantar pula penulis telah menyatakan bahawa buku yang dihasilkan oleh
beliau ini dapat membantu pendidik, penyelidik dan pelajar di dalam
melaksanakan aktiviti penulisan blog di dalam kelas malah turut menerangkan
kepentingan penggunaan ini. Menurut beliau, penulisan teks ini mempunyai dua
matlamat iaitu ketepatan dan simulasi penulisan blog. Oleh hal yang demikian,
kita dapat menjangkakan bahawa penulis ini sangat peka kerana setiap penulisan
yang ditulis adalah jelas dan secara terus. Selain itu, di akhir buku ini
terdapat senarai glosari, rujukan dan indek. Glosari adalah daftar sesuatu
istilah untuk rujukan pembaca yang menjelaskan sesuatu konsep yang relevan
dengan bidang ilmu penulisan blog ini. Glosari, rujukan dan indek ini sangat
membantu pembaca untuk menemukan erti kata-kata yang tidak difahami.
Dari segi tema pula memperlihatkan
bahawa penulisan ini hanya berfokuskan tentang pembelajaran melalui penulisan
blog. Oleh itu, dalam setiap bab yang terdapat buku tersebut hanya memfokuskan
mengenai blog. Dalam buku ini menerangkan segala-galanya mengenai blog. Dan ini
memudahkan orang ramai untuk memahami tentang penggunaan blog ini. Hal ini
kerana, hanya dengan membaca buku ini mereka dapat belajar segala-galanya
tentang pendedahan pembelajaran menerusi penulisan blog ini. Oleh itu, bagi
saya buku ini sangat menarik dan dapat membantu semua orang yang ingin mendapat
maklumat dan pendedahan mengenai blog ini. Dalam bab 7 penulis telah
menjelaskan setiap langkah dengan menggunakan gambar iaitu 4 langkah cara
membuat email di gmail, 20 langkah untuk membuat blog di blogspot dan 16
langkah untuk membuat blog di wordpress dan banyak lagi yang menarik dalam buku
ini.
Seterusnya, dalam penulisan pula
penulis banyak menyelitkan pandangan dan pendapat sarjana barat yang tersohor
untuk menjelaskan dan menegakkan lagi isi perbincangannya tentang pembelajaran
menerusi blog ini seperti Nowson (2006), Richardson (2009), Darren (2014) dan
ramai lagi. Oleh itu, kita dapat melihat bahawa penulis ini benar-benar
mendalami tentang blog dan merupakan salah sorang pengguna blog. Beliau
mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman mengenai blog ini. Dari segi gaya
bahasa, penulis lebih suka menggunakan ayat penyata secara terus dan banyak
menggunakan istilah-istilah yang mudah difahami oleh pembaca dan tidak banyak
menggunakan ayat yang bombastik. Malahan penulis juga menulis menggunakan kalimat
yang panjang dan deskriptif yang digabungkan dengan menggunakan tanda koma dan
titik. Penggunaan bahasa, pemilihan kata dan struktur ayat yang jelas digunakan
mempunyai kekuatan yang tersendiri yang dapat berdiri sendiri. Justeru,
gambaran gaya penulisan penulis ini telah memenuhi sifat-sifat keilmiahan dalam
buku ini.
Rujukan:
Mompen, A.R. The Development of
Meaningful Interaction on a Blog Used For The Leaning of Engish as a Foreign Language. European Association For Computer
Assisted Language Learning , 22 (3),
376-395. Doi 10.1017/S0958344010000200.2010.

No comments:
Post a Comment